FOLLOW KAMI

FOLLOW KAMI
#WalkForFuture

Saturday, 23 January 2016

PLAYOFF DIVISYEN SATU LIGA KULIM

Liga Kulim akan menukar format pertandingan untuk tahun hadapan. Kebiasaannya Liga Kulim menggunakan format GROUP STAGE. Namun, bermula tahun hadapan Liga Kulim akan menggunakan format LIGA. Ini bermakna Liga Kulim akan terbahagi kepada beberapa divisyen.

Kampung Kedah telah diundi bertemu SMART FC untuk merebut satu slot divisyen satu.
Perlawanan berlansung di Padang A Stadium Mini Keladi, Kulim pada 9 Jan 2016.



Keputusan berakhir dengan keputusan seri 2-2 antara kedua-dua pasukan membawa kepada penentuan sepakan penalti. 

Pada mulanya kelihatan tuah berpihak kepada kami apabila sepakan pertama pasukan lawan tidak berjaya. Namun selepas sepakan kedua sehingga ke-4 kami tidak berjaya menyebabkan pasukan lawan mengikat kedudukan 2-2 selepas tamat lima sepakan pertama. Segalanya berakhir apabila sepakan terakhir pemain kami melewati palang dan pasukan lawan berjaya menyempurnakan sepakan. Tamat perlawanan SMART FC berjaya ke divisyen satu Liga Kulim hasil kemenangan sepakan penalti 3-2. Pada tahun hadapan Kampung Kedah akan bersaing di dalam divisyen 2 Liga Kulim.

Monday, 11 January 2016

RANGKUMAN PIALA YB TUAN AMINUDDIN BIN HAJI OMAR

Dalam kejohanan ini kami diundi dalam kumpulan D yang turut bersama pasukan jaguh-jaguh Kulim iaitu Olak FC, Arena, Bard FC dan AD-Tech Kulim.

Perlawanan Pertama : vs AD-Tech

Bertempat di padang MRSM Kulim, padang sedikit becak akibat hujan lebat yang turun sebelum perlawanan. Setelah berbincang dan perlawanan hampir ditangguh kerana kondisi padang yang tidak selamat, perlawanan tetap diteruskan beberapa minit selepas berbincang.
Sejurus perlawanan bermula pasukan lawan menyerang pasukan kami bertubi-tubi dan hasilnya AD-Tech berjaya mendahului 2-0 pada separuh masa pertama.
Memasuki separuh masa kedua setelah diberi kata semangat oleh coach, Kampung Kedah membuat upset dengan comeback untuk mengikat pasukan lawan 2-2 sehingga perlawanan tamat.
Keputusan penuh, KampungKedah (2-2) AD-TechKulim.

Perlawanan Kedua : vs Arena

Bertempat di padang SMK Kulim, pasukan kami datang dengan niat untuk menebus kembali kesilan 2 tahun lalu tewas pada perlawanan pembukaan liga Kulim yang pada ketika itu berlansung di Stadium Mini Keladi dimana kami tewas 2-6 kerana dek comeback yang dilakukan Arena setelah berada dihadapan 2-1 pada separuh masa pertama.
Di Smk Kulim, skrip yang sama berulang apabila Arena mengulangi perkara yang sama ketika 2tahun lalu apabila membuat comeback pada separuh masa kedua. Sebelum tamat separuh masa, Kampung kedah berjaya berada di hadapan 2-1. Kecuaian pasukan menyebabkan peristiwa 2 tahun lalu kembali berulang.
Keputusan penuh, Kampung Kedah (2-4) Arena.

Perlawanan Ketiga : vs Bard FC

Bertempat di Pdg A, Stadium Mini Keladi, turun dengan hanya 15 pemain kerana ramai pemain tidak dapat sertai atas komitmen lain termasuk beberapa pemain utama menyebabkan formasi pasukan sedikit pincang. Beberapa pemain kurang pengalaman terpaksa dibawa masuk. Walau bagaimanapun, pada separuh masa pertama kami berjaya mengikat Bard FC 2-2 pada separuh masa pertama.
Bermula separuh masa kedua kami berjaya menambah gol untuk menjadikan kedudukan 3-2 berpihak kepada Kampung Kedah, namun akibat kekurangan pengalaman kami tidak mampu menyerap asakan pihak lawan sehingga tumpas 3-5 kepada pihak lawan.
Keputusan penuh, Kampung Kedah (3-5) Bard FC

Perlawanan Terakhir : vs Olak FC

Bertempat di Pdg A, Stadium Mini Keladi juga, merupakan perlawanan yang tiada makna kepada pasukan kami namun ia tidak bermakna Kampung Kedah akan memberi laluan mudah kepada Olak Fc. Sepatutnya perlawanan menentang Olak berlansung pada perlawanan kedua, walau bagaimanapun ketika perlawanan berlansung kilat sambung menyambung menyebabkan perlawanan ini dibawa ke perlawanan terakhir.
Aksi kejar-mengejar angka gol berlaku pada perlawanan ini. Olak tidak menunggu lama untuk mendahului 2-0 pada awal perlawanan. Namun sebelum separuh masa melabuhkan tirainya, Kampung kedah berjaya menyumbat 3gol untuk mendahului semula 2-3 ke atas Olak FC.
Pada separuh masa kedua, kejar-mengejar angka gol bermula dimana Olak kembali mendahului 4-3 sebelum kami membalas semula dengan 4-5. Kecuaian pasukan pada minute terakhir menyebabkan keputusan akhir (5-5) tercatat diantara Kampung Kedah vs Olak FC.


Hasil daripada keputusan ini, Kampung Kedah hanya mengutip 2mata hasil daripada 2seri, 2kalah dan 0menang. Walaupun tidak layak ke pusingan seterusnya, pengalaman yang berharga buat beberapa pemain yang membuat penampilan awal bagi pasukan untuk mematangkan diri pada masa hadapan. Sekian. #WalkForFuture