FOLLOW KAMI

FOLLOW KAMI
#WalkForFuture

Thursday, 12 March 2015

SEJARAH PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN Pasukanku

Bismillahirrahmannirrahim..

Post pertama saya ini saya nak memberi mukadimah serba sedikit tentang pasukan bola sepak KAMPUNG KEDAH setakat saya tahu. Oleh kerana saya pemaen pasukan ni jadi boleh tahan byk jugak sejarah pasukan ni yg sya tau. heee..

Baeklah, pasukan ni diasaskan oleh Allahyarham En. Shaharuddin b. Yusuf pada awal Julai 1990. Pada permulaan penubuhan KAMPUNG KEDAH, pasukan ni mengalami kesukaran sepertimana pasukan2 yg baru naik yg laen berikutan kekurangan dana. walau bagaimanapun atas semangat mencintai bola sepak, pasukan ini mendapat sambutan dan sokongan daripada masyarakat Kampung kedah. Dahulunya padang latihan kami drpd SK Kampung Kedah, kemudian berpindah ke SMK Panglima Bukit Gantang. Selepas itu pula pindah lagi ke SMK Methodist, Parit Buntar. Beberapa kerja pembaikan pdg yg dilakukan oleh KAMPUNG KEDAH menyebabkan pasukan dan pihak pengurusan pdg tiada masalah cuma sekarang menjadi masalah kerana pengetua dan pengurusan pdg telah bertukar orang menyebabkan kerja mengurus pdg sedikit masalah. Kami berpangkalan (perghh ayattt hahaa) di kawasan Parit Buntar dalam daerah Kerian.

Kini, KAMPUNG KEDAH diambil alih oleh bekas pemainnya, En. Azhar b. Othman @ Pak uteh sehingga kini. Pelbagai kejayaan diperoleh sepanjang KAMPUNG KEDAH dibawah pimpinan Pak uteh.


                               Antara pemaen2 zaman "emas" KAMPUNG KEDAH FC :')


Kalau ditanya pasukan KAMPUNG KEDAH? InshaAllah, satu kerian kenal sapa itu KAMPUNG KEDAH bahkan di KULIM pun kenal kerana kami sering join ptandingan disana. Pasukan KAMPUNG KEDAH pernah berdaftar dgn PERSATUAN BOLASEPAK PERAK yg mmbolehkn kami bermaen antara liga2 terkenal  di seluruh Perak. Akibat hasutan dan pelbagai iri hati oleh beberapa pihak, pmaen2 KAMPUNG KEDAH MULAI BERPECAH ketika zaman "emas" tetapi Pakuteh maseh mampu mengekalkn nama pasukan ini bahkan lagi banyak kjayaan diperoleh sehinggakan ada sesetngah player yg pernah meninggalkan pasukan ini membuat pusingan U. Tetapi menjelang sekitar tahun 2010 akibat drpd ramai pemain yg keluar drpd pasukan ini kerana mendapat pekerjaan yg jauh dari parit buntar, ada yg myambung pelajaran, ada yg sudah lanjut usia dan laen2, KAMPUNG KEDAH telah melalui zaman merundum. Walau bagaimanapun Pak uteh tidak berputus asa, beliau telah mengumpul kembali pemaen2 muda utk dilatih menjadi seorang PEMAEN BOLASEPAK. Kini, Pak uteh kembali mempunyai pasukan yang dibarisi pemaen antara umur 21 ke 14 tahun. Prinsip Pakuteh  "xkira berapa umoq hampa saya nak hampa rasa maen dgn org besaq biaq hampa ada pengalaman biaq nanti hampa berani". Aku maseh ingat ayat ni yg buat aku sampai ke satu tahap yg aku xpercaya.

                                                         
                                                              En. Azhar @ Pak Uteh

Terlalu banyak kejayaan yg diperoleh dan disebabkan banyak kejayaan yg telah dicapai pada zaman "emas" dibawah pcaturan pak uteh, jadi KAMPUNG KEDAH menjadi pasukan yg disegani oleh lawan dan kawan, tidak kurg jugak ada yg cemburu a.k.a jeles dgn kejayaan beliau. Aku banyak belajar dlm pasukan ini tapi ada bbrapa hamba Allah yg pernah cuba utk mmancing pmaen2 KKFC seangkatan dgn ak bkenaan maen xberbayar. Dulu abg2 senior aku ya dapat elaun kerana KAMPUNG KEDAH ada sponser. Tapi sekarang tak lagi kerana kami kurang konsisten. Aku xbrapa kesah pasal bayaran sebab yg penting bagi aku pada tahap yg rendah ni TAK PENTING LAGI DUET KALAU HANG NAK BUAT DUET DALAM BOLA. Yg penting bakat kita kena diasah dulu utk tahap seterusnya. Kalau sekarang kita dah belajaq maen sebab duet, xmustahil bakat hang tenggelam dalam kemewahan yg xseberapa hang tu.
Jadi aku sangat mengalu2kan kpd sapa2 yang nak asah bakat hampa dalam bola sepak ni. Pak uteh xmengenakan bayaran sebab bagi dia cukup gembira kalau anak didik dia dapat maen bola dgn baek. Dan kalau ada SPONSER drpd mana2 pihak amat kami hargai..heee =D silalah hubungi dan berurusan dgn pengurus kami ni no telefon dia 017-5822036 (pak uteh) kalau ada la an saya cuma bagi tau.



                           Beberapa Pemaen2 KAMPUNG KEDAH 2013 utk liga Kulim u-17

Setakat itu saja yg saya tahu tentang sejarah dan perkembangan KAMPUNG KEDAH FC. Selepas ni saya akan post pemaen2 semasa KAMPUNG KEDAH FC pda post seterusnya inshaAllah.. Assalamualaikomm..