FOLLOW KAMI

FOLLOW KAMI
#WalkForFuture

Saturday, 23 January 2016

PLAYOFF DIVISYEN SATU LIGA KULIM

Liga Kulim akan menukar format pertandingan untuk tahun hadapan. Kebiasaannya Liga Kulim menggunakan format GROUP STAGE. Namun, bermula tahun hadapan Liga Kulim akan menggunakan format LIGA. Ini bermakna Liga Kulim akan terbahagi kepada beberapa divisyen.

Kampung Kedah telah diundi bertemu SMART FC untuk merebut satu slot divisyen satu.
Perlawanan berlansung di Padang A Stadium Mini Keladi, Kulim pada 9 Jan 2016.



Keputusan berakhir dengan keputusan seri 2-2 antara kedua-dua pasukan membawa kepada penentuan sepakan penalti. 

Pada mulanya kelihatan tuah berpihak kepada kami apabila sepakan pertama pasukan lawan tidak berjaya. Namun selepas sepakan kedua sehingga ke-4 kami tidak berjaya menyebabkan pasukan lawan mengikat kedudukan 2-2 selepas tamat lima sepakan pertama. Segalanya berakhir apabila sepakan terakhir pemain kami melewati palang dan pasukan lawan berjaya menyempurnakan sepakan. Tamat perlawanan SMART FC berjaya ke divisyen satu Liga Kulim hasil kemenangan sepakan penalti 3-2. Pada tahun hadapan Kampung Kedah akan bersaing di dalam divisyen 2 Liga Kulim.

Monday, 11 January 2016

RANGKUMAN PIALA YB TUAN AMINUDDIN BIN HAJI OMAR

Dalam kejohanan ini kami diundi dalam kumpulan D yang turut bersama pasukan jaguh-jaguh Kulim iaitu Olak FC, Arena, Bard FC dan AD-Tech Kulim.

Perlawanan Pertama : vs AD-Tech

Bertempat di padang MRSM Kulim, padang sedikit becak akibat hujan lebat yang turun sebelum perlawanan. Setelah berbincang dan perlawanan hampir ditangguh kerana kondisi padang yang tidak selamat, perlawanan tetap diteruskan beberapa minit selepas berbincang.
Sejurus perlawanan bermula pasukan lawan menyerang pasukan kami bertubi-tubi dan hasilnya AD-Tech berjaya mendahului 2-0 pada separuh masa pertama.
Memasuki separuh masa kedua setelah diberi kata semangat oleh coach, Kampung Kedah membuat upset dengan comeback untuk mengikat pasukan lawan 2-2 sehingga perlawanan tamat.
Keputusan penuh, KampungKedah (2-2) AD-TechKulim.

Perlawanan Kedua : vs Arena

Bertempat di padang SMK Kulim, pasukan kami datang dengan niat untuk menebus kembali kesilan 2 tahun lalu tewas pada perlawanan pembukaan liga Kulim yang pada ketika itu berlansung di Stadium Mini Keladi dimana kami tewas 2-6 kerana dek comeback yang dilakukan Arena setelah berada dihadapan 2-1 pada separuh masa pertama.
Di Smk Kulim, skrip yang sama berulang apabila Arena mengulangi perkara yang sama ketika 2tahun lalu apabila membuat comeback pada separuh masa kedua. Sebelum tamat separuh masa, Kampung kedah berjaya berada di hadapan 2-1. Kecuaian pasukan menyebabkan peristiwa 2 tahun lalu kembali berulang.
Keputusan penuh, Kampung Kedah (2-4) Arena.

Perlawanan Ketiga : vs Bard FC

Bertempat di Pdg A, Stadium Mini Keladi, turun dengan hanya 15 pemain kerana ramai pemain tidak dapat sertai atas komitmen lain termasuk beberapa pemain utama menyebabkan formasi pasukan sedikit pincang. Beberapa pemain kurang pengalaman terpaksa dibawa masuk. Walau bagaimanapun, pada separuh masa pertama kami berjaya mengikat Bard FC 2-2 pada separuh masa pertama.
Bermula separuh masa kedua kami berjaya menambah gol untuk menjadikan kedudukan 3-2 berpihak kepada Kampung Kedah, namun akibat kekurangan pengalaman kami tidak mampu menyerap asakan pihak lawan sehingga tumpas 3-5 kepada pihak lawan.
Keputusan penuh, Kampung Kedah (3-5) Bard FC

Perlawanan Terakhir : vs Olak FC

Bertempat di Pdg A, Stadium Mini Keladi juga, merupakan perlawanan yang tiada makna kepada pasukan kami namun ia tidak bermakna Kampung Kedah akan memberi laluan mudah kepada Olak Fc. Sepatutnya perlawanan menentang Olak berlansung pada perlawanan kedua, walau bagaimanapun ketika perlawanan berlansung kilat sambung menyambung menyebabkan perlawanan ini dibawa ke perlawanan terakhir.
Aksi kejar-mengejar angka gol berlaku pada perlawanan ini. Olak tidak menunggu lama untuk mendahului 2-0 pada awal perlawanan. Namun sebelum separuh masa melabuhkan tirainya, Kampung kedah berjaya menyumbat 3gol untuk mendahului semula 2-3 ke atas Olak FC.
Pada separuh masa kedua, kejar-mengejar angka gol bermula dimana Olak kembali mendahului 4-3 sebelum kami membalas semula dengan 4-5. Kecuaian pasukan pada minute terakhir menyebabkan keputusan akhir (5-5) tercatat diantara Kampung Kedah vs Olak FC.


Hasil daripada keputusan ini, Kampung Kedah hanya mengutip 2mata hasil daripada 2seri, 2kalah dan 0menang. Walaupun tidak layak ke pusingan seterusnya, pengalaman yang berharga buat beberapa pemain yang membuat penampilan awal bagi pasukan untuk mematangkan diri pada masa hadapan. Sekian. #WalkForFuture



Thursday, 8 October 2015

PEMAIN-PEMAIN KAMPUNG KEDAH FC

Memandangkan Kejohanan Piala YB tuan Haji Aminuddin Omar (Liga exco Kulim) yg akan berlansung nanti, kami memperkenalkan senarai pemain kami sama ada yang terlibat atau tidak dalam kejohanan tersebut. Berikut adalah senarai antara pemain Kampung Kedah FC :


Ridzuan Malik (wan nani) : GK
21tahun
(Penolong Ketua Pasukan)

Muhammad Arif Shukri (arep) : MF
20tahun

Muhammad Lutfi Daud (Lutfi) : RB
18tahun

Abdul Rahman (aman) : CB
16tahun

kanan, Muhammad Zulkefli (Zul keeper) : GK
16tahun

Muhammad Nasrulhaq (Shabi): MF
15tahun

Muhammad Shauqi (Salmi): MF
16tahun

Muhammad Naim Shukri (mon): LB
16tahun

Dinesh Krishnan (lohe): MF
16tahun

Muhammad Zulkefli (zul kemboja): ST
16tahun

Muhammad Alif Idris (alep): CB
16tahun

Muhammad Nazrul Azri (kecik): CB
20tahun
(Ketua Pasukan)

Muhammad Hairy (osman): LB
15tahun

Hogan (ugan) : ST
19tahun

Bohan Raj (bohan): RM
19tahun

Abu Zaid (zaid): MF
16tahun











Ini adalah barisan pemain yg mampu memberi komited 100% kpd pasukan kerana institut pengajian, sekolah dan tempat kerja yg berdekatan dengan tempat latihan kami.
Dan ini pula barisan pemain yg berada di luar Parit Buntar atas urusan lain seperti melanjutkan pelajaran dan tawaran bekerja, namun masih boleh memberi komitmen kepada pasukan. Antaranya :












Abid Ikramullah (abid): MF, 20tahun













Muhammad Adib (adib): RM, 18tahun












Azanni Ismail (jani): CB, 21tahun












Thiwagar (tiwa): MF, 21tahun










Dzulhaikal Dzulhasdi (haikal): MF, 21tahun










Amirul Afiq (apit): ST, 18tahun










Nadzir Zakaria (alang): LM, 20tahun










Abu Yazid Khirrud-din (Abu): LM, 20tahun










Izzat Fikri (ijat): ST, 20tahun







Rahimi Damin (Raymi): CB, 18tahun


Untuk memastikan pasukan mantap, jadi sesebuah pasukan perlukan satu lagi pasukan sparing yg kadangkala disertai oleh bekas-bekas pemain yg pernah menabur bakti utk Kampung Kedah pada zaman kegemilangan dahulu. Antaranya:






















Oleh kerana kami sebuah pasukan amatur yang tidak punyai penajaan besar, jadi en Adzahar memilih utk tidak mengikat kontrak pemain. Disebabkan itulah ada sesetengah pemain seperti biskut di dalam pasukan sekejap ada sekejap disambar pasukan lain atau sudah tidak berminat. Walaubagaimanapun jika ada rezeki inshaAllah en Adzahar sedia utk menambahbaikkan pasukan Kampung Kedah FC. Dan ini adalah pengurus merangkap Jurulatih bagi skuad kami, Encik Adzahar Othman.


Sekian. #WalkForFuture


Thursday, 17 September 2015

Belajar Daripada Kesilapan

Maaf kpd viewers lama kami tidak update sebarang perkembangan kamanpung kedah fc. Senarai penain juga akan diupdate selepas ini berikutan masalah teknikal.
Baiklah artikel kali ini kami akan menceritakan persiapan kami utk kejohanan seterusnya.
Setelah berakhir Liga Jawi Specs 2015, Kami kembali mengembangkan sayap ke utara, Kulim, kedah. Kali ini kami akan menyertai kejohanan Piala YB Tuan Haji Aminuddin Omar.

Alhamdulillah setakat ini pemain kami telah pelajari daripada kesilapan kjohanan liga yang lalu dgn berjaya melalui 5 siri perlawanan persahabatan dgn bjaya.. Antara persahabatan yg telah berlansung selepas raya aidilfitri yg lalu :

Chegu United 2-4 Kampung Kedah
Kampung Kedah 4-0 Pilihan Kemboja
Tamilan Fc 2-2 Kampung Kedah
Kampung Kedah 4-1 BMUS Perak Utara
Saka Merah 2-3 Kampung Kedah

Dan satu lagi aksi persahabatan akan dijadualkan pada Sabtu (19 sept. 2015) Kampung Kedah vs Bagan Serai di Padang Bolasepak USM Kampus Kejuruteraan jam 9malam. [DIBATALKAN]
Begitulah sedikit sebanyak persiapan kami selain latihan utk kejohanan yang akan mendatang dan diharapkan semua players dapat meneruskan momentum positif utk kejohanan yang akan datang.
#WalkForFuture



Gambar sekadar hiasan.. Assalamualaikum~

Thursday, 12 March 2015

SEJARAH PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN Pasukanku

Bismillahirrahmannirrahim..

Post pertama saya ini saya nak memberi mukadimah serba sedikit tentang pasukan bola sepak KAMPUNG KEDAH setakat saya tahu. Oleh kerana saya pemaen pasukan ni jadi boleh tahan byk jugak sejarah pasukan ni yg sya tau. heee..

Baeklah, pasukan ni diasaskan oleh Allahyarham En. Shaharuddin b. Yusuf pada awal Julai 1990. Pada permulaan penubuhan KAMPUNG KEDAH, pasukan ni mengalami kesukaran sepertimana pasukan2 yg baru naik yg laen berikutan kekurangan dana. walau bagaimanapun atas semangat mencintai bola sepak, pasukan ini mendapat sambutan dan sokongan daripada masyarakat Kampung kedah. Dahulunya padang latihan kami drpd SK Kampung Kedah, kemudian berpindah ke SMK Panglima Bukit Gantang. Selepas itu pula pindah lagi ke SMK Methodist, Parit Buntar. Beberapa kerja pembaikan pdg yg dilakukan oleh KAMPUNG KEDAH menyebabkan pasukan dan pihak pengurusan pdg tiada masalah cuma sekarang menjadi masalah kerana pengetua dan pengurusan pdg telah bertukar orang menyebabkan kerja mengurus pdg sedikit masalah. Kami berpangkalan (perghh ayattt hahaa) di kawasan Parit Buntar dalam daerah Kerian.

Kini, KAMPUNG KEDAH diambil alih oleh bekas pemainnya, En. Azhar b. Othman @ Pak uteh sehingga kini. Pelbagai kejayaan diperoleh sepanjang KAMPUNG KEDAH dibawah pimpinan Pak uteh.


                               Antara pemaen2 zaman "emas" KAMPUNG KEDAH FC :')


Kalau ditanya pasukan KAMPUNG KEDAH? InshaAllah, satu kerian kenal sapa itu KAMPUNG KEDAH bahkan di KULIM pun kenal kerana kami sering join ptandingan disana. Pasukan KAMPUNG KEDAH pernah berdaftar dgn PERSATUAN BOLASEPAK PERAK yg mmbolehkn kami bermaen antara liga2 terkenal  di seluruh Perak. Akibat hasutan dan pelbagai iri hati oleh beberapa pihak, pmaen2 KAMPUNG KEDAH MULAI BERPECAH ketika zaman "emas" tetapi Pakuteh maseh mampu mengekalkn nama pasukan ini bahkan lagi banyak kjayaan diperoleh sehinggakan ada sesetngah player yg pernah meninggalkan pasukan ini membuat pusingan U. Tetapi menjelang sekitar tahun 2010 akibat drpd ramai pemain yg keluar drpd pasukan ini kerana mendapat pekerjaan yg jauh dari parit buntar, ada yg myambung pelajaran, ada yg sudah lanjut usia dan laen2, KAMPUNG KEDAH telah melalui zaman merundum. Walau bagaimanapun Pak uteh tidak berputus asa, beliau telah mengumpul kembali pemaen2 muda utk dilatih menjadi seorang PEMAEN BOLASEPAK. Kini, Pak uteh kembali mempunyai pasukan yang dibarisi pemaen antara umur 21 ke 14 tahun. Prinsip Pakuteh  "xkira berapa umoq hampa saya nak hampa rasa maen dgn org besaq biaq hampa ada pengalaman biaq nanti hampa berani". Aku maseh ingat ayat ni yg buat aku sampai ke satu tahap yg aku xpercaya.

                                                         
                                                              En. Azhar @ Pak Uteh

Terlalu banyak kejayaan yg diperoleh dan disebabkan banyak kejayaan yg telah dicapai pada zaman "emas" dibawah pcaturan pak uteh, jadi KAMPUNG KEDAH menjadi pasukan yg disegani oleh lawan dan kawan, tidak kurg jugak ada yg cemburu a.k.a jeles dgn kejayaan beliau. Aku banyak belajar dlm pasukan ini tapi ada bbrapa hamba Allah yg pernah cuba utk mmancing pmaen2 KKFC seangkatan dgn ak bkenaan maen xberbayar. Dulu abg2 senior aku ya dapat elaun kerana KAMPUNG KEDAH ada sponser. Tapi sekarang tak lagi kerana kami kurang konsisten. Aku xbrapa kesah pasal bayaran sebab yg penting bagi aku pada tahap yg rendah ni TAK PENTING LAGI DUET KALAU HANG NAK BUAT DUET DALAM BOLA. Yg penting bakat kita kena diasah dulu utk tahap seterusnya. Kalau sekarang kita dah belajaq maen sebab duet, xmustahil bakat hang tenggelam dalam kemewahan yg xseberapa hang tu.
Jadi aku sangat mengalu2kan kpd sapa2 yang nak asah bakat hampa dalam bola sepak ni. Pak uteh xmengenakan bayaran sebab bagi dia cukup gembira kalau anak didik dia dapat maen bola dgn baek. Dan kalau ada SPONSER drpd mana2 pihak amat kami hargai..heee =D silalah hubungi dan berurusan dgn pengurus kami ni no telefon dia 017-5822036 (pak uteh) kalau ada la an saya cuma bagi tau.



                           Beberapa Pemaen2 KAMPUNG KEDAH 2013 utk liga Kulim u-17

Setakat itu saja yg saya tahu tentang sejarah dan perkembangan KAMPUNG KEDAH FC. Selepas ni saya akan post pemaen2 semasa KAMPUNG KEDAH FC pda post seterusnya inshaAllah.. Assalamualaikomm..